Friday, 30 September 2016

4 Warna Konsep Deko Yang Sesuai Untuk Rumah Anda

Untuk pengetahuan warga JB semua, perspektif daripada luar rumah mampu memberikan refleksi kepada tetamu anda konsep yang ingin ditonjolkan di bahagian dalaman. Kekuatan elemen warna bukan sahaja terletak pada kesan tona yang dihasilkan, tetapi juga dapat dizahirkan melalui jalinan atau kombinasi bersama warna-warna kontra. Di sini saya selitkan warna yang sesiuai untuk dinding luar rumah anda.

1. Urban moden

Ketahui rekaan atau struktur seni bina kediaman sebelum memilih warna kontra anda. Bagi pilihan warna kelabu gelap dan jingga ini, kediaman berkonsep moden dan urban adalah paling sesuai.
-Pastikan anda memilih cat yang sesuai digunakan untuk bahagian luar. Kediaman anda akan lebih berseri dan menyerlah dengan garapan warna kelabu gelap bersama rona jingga pekat. Kombinasi antara kedua-duanya turut mencerminkan kekuatan pada seni bina dan reka bentuk sesebuah kediaman.

Pemilihan warna-warna lain yang bersesuaian digunakan pada kediaman berciri moden ialah warna coffee, coklat, dan warna-warna tanah atau rona kedam yang ditampilkan bersama rona kontra lain.

Kawasan persekitaran juga perlu diberi perhatian. Sekiranya kediaman terletak di kawasan Bandar, Penggunaan warna-warna terang dapat membantu menyerlahkan lagi penampilan kediaman. Sebaliknya bagi kediaman yang terletak di pinggir hutan, atau di kawasan perkampungan, rona-rona kedam atau suram mampu memberi ketenangan sepenuhnya.

2. Artistik & estetik

Gaya artistik ini menampilkan ciri-ciri seni dan estetik. Nilai-nilai yang ditonjolkan ini perlu diperkukuhkan dengan pilihan warna yang sesuai dan tepat. Malahan campuran warna biru dan merah jambu memberi suntikan menawan dalam menampilkan keunikan dan kelainan sesebuah kediaman.

Mungkin tidak ramai yang berani bermain dengan gabungan warna-warna ini, namun kesesuaian pada reka bentuk kediaman adalah perlu. Sebaiknya pilih dinding atau dinding fokus di bahagian luar rumah untuk dilatari dengan gabungan warna ini. Dinding fokus yang dipilih akan menjelmakan kelainan menjadi titik fokus pandangan pada bahagian luar.

Selain gabungan warna biru dan merah jambu, paduan warna hijau dan ungu, merah jambu dan hijau serta biru dan kuning cair adalah antara pilihan hebat. Sesuaikan pilihan warna-warna ini dengan konsep dalaman kediaman yang ingin ditonjolkan.

Penggunaan warna-warna ini bukan sahaja menarik, tetapi dapat membantu mewujudkan suasana harmoni dan damai pada persekitaran.

3. Bali nusantara

Jingga adalah warna popular yang kian menjadi pilihan warna untuk bahagian dinding luar rumah. Terang, cerah dan menyerlah menjadikan kelebihan warna ini untuk tampil lebih menonjol.

Warna jingga ini selalunya dikaitkan dengan konsep bali nusantara. So, rona jingga sebagai simbolik rona tanah ini melambangkan keaslian budaya bali itu sendiri. Manakala jika anda jalinkan bersama rona kelabu adalah menunjukkan anda ia daripada warna-warna pasir di kawasan laut bali. Keseimbangan ini menguatkan konsep Bali yang cintakan kedamaian dan alam semula jadi.

Gabungan warna-warna lain yang boleh menjadi pilihan ialah, coklat dan hijau, dan kelompok warna-warna tanah yang semestinya mencipta kedamain dan ketenangan.

Penggunaan bahan lain, selain ton warna pada permukaan dinding, seperti suntikan elemen kayu dan batu dapat memperkukuhkan gaya Bali. Begitu juga dengan struktur dan rekaan seni bina kediaman itu sendiri.

4. Oriental

Konsep oriental ini pula diinspirasikan daripada budaya dan adat sesebuah masyarakat. Ilham ini seterusnya menjadi inspirasi pada warna sebagai simbolik budaya tersebut. Pilihan warna merah jingga adalah sinonim dengan konsep oriental.

Pilihan warna merah jingga ini mampu menghidupkan semangat dan menyuntik kehangatan. Warna ini juga menjadikan kediaman tampak lebih ceria dan berseri.

Kenal pasti ton warna merah yang menjadi pilihan. Sebolehnya elakkan pemilihan warna merah kedam yang mampu mencacatkan penampilan dinding luar kediaman.

Warna-warna jingga terang, kuning dan coklat terang adalah antara pilihan terbaik untuk menonjolkan konsep oriental pada pandangan luar kediaman.

Sebolehnya gunakan warna terang ini pada hanya satu bahagian dinding sahaja. Wujudkan satu lagi warna kontra pada dinding lain bagi memberi penekanan kepada kekuatan warna-warna oriental ini.

So, itulah dia warna yang anda warga perlu tahu untuk luar rumah anda untuk lebih menonjolkan rumah anda.
Share: