Assalamualaikum warga JB.. Selalu orang cakap kalau dah ada anak kecil jangan bermimpilah nak dapat rumah yang kemas, bersih dan menyenangkan. Nak berhias letak aksesori seperti pasu bunga pun tak boleh silap-silap ditariknya nanti! Pergh… macam mana ni? Baik, warga JB sebenarnya boleh sangat anda nak dapat kediaman yang selesa, bersih dan kemas meskipun ada anak-anak. Ikuti beberapa langkah mudah seperti yang berikut;
1. Sediakan bakul sampah
Sediakan bakul sampah? Kat dapurkan ada! Itulah kebanyakan orang selalunya menyediakan bakul sampah hanya di ruang dapur sahaja. Ramai tak terfikir sebenarnya ruang tamu, bilik air dan juga bilik tidur juga patut disediakan dengan bakul sampah. Sebab kadangkala kalau anda ternampak cebisan sampah walaupun kecil, anda sering abaikan. Buat anak kecil pula, pada usia ni mereka memang kuat ‘mengutip’ apa yang mereka nampak kat lantai dan permaidani. Jadi, mak ayah jangan leka, nampak je sampah terus buang dalam bekas tong sampah yang berdekatan. Senang kan?
2. Sediakan ruang untuk anak-anak bermain
Kanak – kanak kalau bermain kita dah tau mesti dia akan sepahkan semua barang mainan mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlu menyediakan ruang yang bersesuaian untuk menyenangkan mereka bermain dan berimaginasi. Elak dari meletakkan ruang bermain di bahagian ruang tamu sebaik-baiknya cipta di dalam bilik dan berdekatan ruang yang anda mudah perhatikan mereka.
3. Projek pembersihan besar-besaran
Setiap sebulan sekali atau 3 bulan sekali, lakukanlah pembersihan yang maksimum pada ruang kediaman anda. Jika anda ingin menukar susunan perabot inilah masanya, mencuci celah-celah tingkap, lantai dan bahagian-bahagian yang sukar dibersihkan. Ini akan menghasilkan perubahan yang ketara dan menampilkan kebersihan yang mengagumkan Untuk proses ini, sikap kerjasama di antara suami isteri dan anak-anak (10 tahun dan keatas) diperlukan.

4. Rujuk unit pameran rumah dan kedai
Kalau anda suka pergi ke unit pameran rumah ataupun kedai perabot , mereka biasanya mempraktikkan dekorasi yang minimalis dan moden dalam kediaman. Anda boleh je tiru sebijik-sebijik terjemahan dekorasi yang mereka pamerkan pada ruang kediaman anda. Sebab konsep yang dibawakan memang bertepatan untuk sebuah keluarga yang baru nak mula hidup, ada anak kecil dan rumah pun kecil-kecil je. So, tiru shj. idea mereka!
5. Amalkan sikap maintain
Lakukan rutin harian seperti mengelap, menyapu lantai, membersihkan bilik air dan kamar tidur serta membuang sampah, dan sebagainya seminggu sekali sebagai langkah mengekalkan kebersihan dan kekemasan dalam rumah anda. Sebab bab penjagaan rumah ni tak boleh dilakukan setahun sekali je kalau tak memang macam tongkang pecah la jawabnya. So, gunakanlah 5 teknik ni walau anda ada anak kecil di rumah. Isu rumah tak kemas atau kotor bukan alasan lagi jika anda menggunakan teknik ini.
Itulah dia teknik yang berguna untuk anda.. Semoga ia bermanfaat kepada anda dan keluarga anda. In Sha Allah.