Metal roof dibuat daripada kepingan besi dicetak kepada pelbagai pattern (atap zink adalah salah satu daripada metal roof). Banyak digunakan di bangunan komersil seperti kilang. Tapi, sekarang dah jadi trend rumah-rumah baru pakai bumbung jenis ini. Kali ni, saya nak share tentang kelebihan dan kekurangan metal roof ni supaya anda yang nak renovate rumah tu boleh buat penilaian awal.
1. Boleh tahan sehingga 50 tahun. So, anda tak perlu tukar bumbung dalam tempoh masa terdekat.
2. Takkan tumbuh lumut dan terhakis seperti bumbung jenis genting biasa.
3. Lebih ringan daripada bumbung jenis lain. So, tak perlu design struktur rumah yang complex untuk support metal roof ni.
4. Banyak pilihan pattern dan colour dalam pasaran. Selain tu, mudah untuk buat custom made ikut design bumbung anda (pattern yang biasa digunakan adalah pattern yang menyerupai atap genting).
5. Mudah dipasang dan diselenggara. Ambil masa singkat untuk pasang bumbung jenis ni dan kalau bocor, just replace roof sheet (kepingan atap) shj. Tak perlu tukar seluruh bumbung baru.
Kekurangan metal roof pula ialah spt. berikut.
1. Bunyi bising bila hujan turun. Boleh ganggu tidur anda kalau hujan turun waktu malam (untuk minimumkan bunyi bising kena pakai insulation bunyi yang tebal).
2. Kalau tak ada insulation tahan haba, rumah anda cepat panas dan mungkin bil elektrik akan melambung bila kerap pasang aircond disebabkan situasi ini.
3. Harga tak menentu, sebab besi banyak diimport di negara luar. So, harga ikut trend pasaran. Boleh jadi mahal, boleh jadi murah.
Hopefully ilmu yang saya share ni beri kebaikan untuk anda dan rakan-rakan. Sampaikan lah pada yang memerlukan. Inshaa Allah.
Wednesday, 28 September 2016
Facebook Page
Artikel Popular
-
Anda tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan satu projek ubahsuai rumah? Di sini saya akan share dengan anda ber...
-
Assalamualaikum warga JB.. Selalu orang cakap kalau dah ada anak kecil jangan bermimpilah nak dapat rumah yang kemas, bersih dan menyenan...
-
Metal roof dibuat daripada kepingan besi dicetak kepada pelbagai pattern (atap zink adalah salah satu daripada metal roof). Banyak digunak...
-
Bila kerja-kerja renovate rumah anda dah start anda mungkin akan rasa tak selesa. So, saya nak share kepada anda beberapa tip untuk anda ...
-
Anda ingin ubahsuai rumah dan tak tahu apa nak buat? Untuk posting kali ini saya akan share dengan anda apa yang perlu dipertimbangkan se...
Artikel Terkini
Borang Pertanyaan
Powered by Blogger.