3 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Ubahsuai Rumah
Anda ingin ubahsuai rumah dan tak tahu apa nak buat? Untuk posting kali ini saya akan share dengan anda apa yang perlu dipertimbangkan sebelum anda mula projek ubahsuai rumah anda.
.
1. Perlukah berpindah semasa ubahsuai? Berpindah (terutamanya bila anda mempunyai anak kecil) mungkin melecehkan, tapi kalau anda masih mahu tinggal dalam kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan mungkin salah satu kesilapan yang besar. Tambah lagi dengan debu dan kotoran yang ada (mungkin lebih banyak daripada yang anda sangkakan), dan anda boleh bernafas lebih mudah jika anda memilih untuk tinggal dengan keluarga atau di sebuah hotel.
.
2. Adakah anda mempunyai back-up? Kadang-kadang, realiti dalam ubahsuai rumah anda akan mengeluarkan kos yang lebih daripada jangkaan, dan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan. Sediakan back-up yang sempurna untuk anda bersedia dengan kemungkinan kedua-dua masalah ini. (Dan, kebiasaannya mereka akan selesai pada masa yang ditetapkan dengan kos yang sama dengan masa sebut harga!)
.
3. So, anda pasti untuk ubahsuai rumah anda? Selepas berminggu-minggu menyelidik idea-idea reka bentuk, pemilihan kontraktor dan duit simpanan yang anda perlukan (termasuk duit back-up sikit), kini adalah masa untuk anda buat keputusan. Adakah anda betul-betul nak ubahsuai rumah? Dan jika jawapannya ya, nasib baik! Pengubahsuaian, sama ada ia adalah projek kecil, atau yang besar, ia bermakna anda telah bergerak satu langkah lebih dekat untuk tinggal di rumah impian anda (tapi, sudah tentu bila pengubahsuaian rumah anda berakhir).
.
Nah.. Semoga dengan share ini dapat memberi manfaat kepada anda. In Sha Allah...
0 comments:
Post a Comment