Assalamualaikum semua warga JB.. Lantai Jubin ini biasanya terdiri daripada terazo, marmar, seramik dan sebagainya. Lantai jenis ini memerlukan penjagaan yang baik dan rapi supaya keselamatan keluarga anda terjaga. So, berikut adalah tips untuk menjaga kemasan lantai jubin selain menjaga keselamatan anda:
1. Lantai jubin tidak boleh dibiarkan dalam keadaan basah kerana ia mudah licin dan berbahaya kepada kita. Ianya perlu sentiasa dibersihkan dan kemudiannya dibilas dengan air serta dilap kering.
2. Bagi kotoran biasa seperti tumpahan minuman, minyak dan lain-lain pemilik kediaman boleh menggunakan pencuci beralkali. Manakala, minyak tanah pula sesuai untuk membersihkan kotoran cat, gris atau getah.
3. Pemilik kediaman juga boleh mengadaptasi petua orang lama bagi mengelakkan lantai cepat pudar dengan mengambil setengah baldi air, campurkan dengan semangkuk kecil kapur sireh dan juga lima sudu besar garam halus.
4. Bagi mengelakkan lantai berkulat dan cepat rosak dan kotor, pemilik kediaman boleh menggunakan bahan pencuci yang agak kasar seperti klorin, cuka dan jus limau. Caranya ialah dengan memberus jubin tersebut dengan berus yang keras serta air bercampur serbuk penaik.
5. Elakkan benda-benda berat dan tajam jatuh ke lantai jubin bagi mengelakkan lantai pecah dan rosak akibat hentakan tersebut. Pemilik kediaman boleh juga meletakkan hamparan ambal di sesetengah bahagian lantai jubin bagi keselesaan dan keselamatan di dapur sekiranya lantai agak lembap dan licin.
Itulah dia langkah-langkah atau tips yang betul untuk penjagaan permukaan jubin supaya tahan lebih lama selain menjaga keselamatan keluarga anda.
Saturday, 1 October 2016
Facebook Page
Artikel Popular
-
Anda tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan satu projek ubahsuai rumah? Di sini saya akan share dengan anda ber...
-
Assalamualaikum warga JB.. Selalu orang cakap kalau dah ada anak kecil jangan bermimpilah nak dapat rumah yang kemas, bersih dan menyenan...
-
Metal roof dibuat daripada kepingan besi dicetak kepada pelbagai pattern (atap zink adalah salah satu daripada metal roof). Banyak digunak...
-
Bila kerja-kerja renovate rumah anda dah start anda mungkin akan rasa tak selesa. So, saya nak share kepada anda beberapa tip untuk anda ...
-
Anda ingin ubahsuai rumah dan tak tahu apa nak buat? Untuk posting kali ini saya akan share dengan anda apa yang perlu dipertimbangkan se...
Artikel Terkini
Borang Pertanyaan
Powered by Blogger.