Monday, 3 October 2016

6 Tip Bentuk Dapur Lebih Selesa

Assalamualaikum semua warga JB.. Untuk pengetahuan anda, ruang dapur tidak hanya tampil sebagai ruang memasak shj. Fungsinya kini lebih hebat kerana ia turut menjadi salah satu daripada unit dekorasi di dalam kediaman anda. Untuk menciptakan suasana dapur yang lebih menawan dan selesa berikut ialah enam idea deko DAPUR yang kami sediakan yang pastinya cukup membantu anda;

1. Pilih cabinet denagn warna semula jadi
Bagi menjadikan ruang dapur anda lebih selesa, ton warna sangat mempengaruhi mood anda. Oleh itu, pilihlah warna - warna semulajadi. Rekaan kabinet daripada kayu dan begitu juga dengan perkakas seperti papan pemotong, senduk, bekas rempah ratus dan sebagainya juga seharusnya menggunakan elemen kayu bagi menampakkan elemen semula jadi.

2.Design langsir
Kelembutan rekaan langsir yang menghiasi ruang tingkap dapur turut menyuntik elemen harmoni. Berbeza jika anda memilih untuk memakai bidai. Ia tetap menarik tetapi sesuai untuk penataan konsep moden dan visualnya lebih statik.

3. Aksesori bingkai gambar
Penambahan aksesori seperti bingkai gambar potret famili pasti lebih menarik dan menyuntik elemen yang tersendiri untuk anda. Pastinya ketika anda memasak, semangatnya lebih berkobar-kobar untuk menyediakan masakan yang terbaik buat orang yang tersayang.

4. Ton warna dinding
Pemilihan ton warna dinding yang menggunakan cat merah pekat atau hijau gelap turut memberi kesan yang menawan pada ruang dapur anda. Tentu ia tampil lain daripada yang lain.

5. Pencahayaan yang sempurna
Jangan sesekali mengabaikan pencahayaan di ruang dapur. Ini kerana ia memainkan peranan yang penting untuk membentuk ruang lebih cozy, selamat dan memudahkan anda melakukan kerja di ruang tersebut. Pilih jenis lampu pencahayaan 'warm' ia adalah pilihan yang sangat ideal dan lebih tepat untuk ruang dapur. Selain daripada itu, beri tumpuan pada sudut-sudut dapur kerana kebiasaannya pencahayaan di situ tidak sampai dan menampilkan bayang-bayang.

6. Bunga segar
Letaklah jambangan bunga segar di atas permukaan kaunter island anda ataupun meja makan sebab ia pasti akan menambah keindahan ruang dapur itu. Ia juga adalah trick yang paling berkesan membangkitkan impak segera pada penataan ruang tersebut.

So, warga Jb.. Itulah dia bagaimana anda boleh jadikan dapur anda sebuah ruang yang ideal dan menarik.. Semoga ia bermanfaat kepada anda semua.. In Sha Allah..
Share: