Lebih banyak manafaat anda boleh dapat kalau renovate rumah lama berbanding beli rumah baru. Antaranya.
1. Anda tak perlu hutang atau terlibat dengan apa-apa perjanjian dengan bank. Rumah lama anda mungkin dah habis bayar atau baki hutang tinggal lagi sikit.
2. Risiko kecurian rumah baru lebih tinggi berbanding rumah lama. Perompak lebih sukakan rumah baru berbanding rumah lama sebab biasanya kawasan rumah baru ni masih kurang membangun (ada tu yang tengah-tengah estet), so risiko kecurian lebih tinggi.
3. Material rumah baru kurang berkualiti berbanding rumah lama. Sebab harga material seperti batu-bata, simen, besi, atap bumbung dll. semakin meningkat setiap tahun, so kebanyakkan developer cari jalan pintas untuk bersaing harga dengan memilih material yang lebih murah (bila murah kualiti pun kurang baik).
4. Kalau anda renovate rumah baru, confirm kena kacau dengan majlis. Berbeza dengan renovate rumah lama. Majlis biasanya malas nak cek taman-taman lama.
5. Design rumah baru cantik diluar shj., layout dalam belum tentu sesuai dengan citarasa atau keperluan anda. Tapi, kalau renovate rumah, boleh renovate ikut citarasa dan keperluan anda (lagi puas hati).
Akhir kata, semoga tip-tip di atas sedikit sebanyak membantu anda. Sampai-sampaikan lah kepada rakan-rakan dan keluarga. Inshaallah.
Tuesday, 4 October 2016
Facebook Page
Artikel Popular
-
Ada beberapa perkara anda perlu tahu sebelum pasang kepala paip singki. Antaranya. 1. Ikut kegunaan anda sama ada nak basuh pinggan, ma...
-
Assalamualaikum semua warga JB.. Untuk pengetahuan anda, ruang dapur tidak hanya tampil sebagai ruang memasak shj. Fungsinya kini lebih h...
-
Perabot anda dah mula menunjukkan penuaan dengan warna yang semakin pudar. Anda ingin mencantikkan semula perabot anda, tapi tak tahu cara...
-
Anda tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan satu projek ubahsuai rumah? Di sini saya akan share dengan anda ber...
-
Lebih banyak manafaat anda boleh dapat kalau renovate rumah lama berbanding beli rumah baru. Antaranya. 1. Anda tak perlu hutang atau te...
Artikel Terkini
Borang Pertanyaan
Powered by Blogger.