Wednesday, 21 September 2016

Pinjaman Untuk Ubahsuai


Anda ingin ubahsuai rumah dan perlukan pinjaman. Di sini, saya akan tunjukkan kepada anda apa yang diperlukan untuk membuat pinjaman. Inilah dia butiran untuk pinjaman.

Mulai tahun 2016, pembiayaan ubahsuai rumah adalah melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Sebelum 2016, pinjaman ini diurus oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia.
Butir-Butir Pakej Pembiayaan:
.
1. Tidak perlu wang pendahuluan atau deposit


2. Tidak ada sebarang caj upfront


3. Pinjaman sehingga 100% (Jumlah sebenar bergantung kepada kiraan payslip tertakluk kepada had potongan Biro Angkasa 60%)


4. Permohonan pinjaman senang kerana semua proses pinjaman diuruskan oleh pihak kami termasuk kertas kerja dan quotation.

Siapa yang Layak?
Pembiayaan Ubahsuai rumah adalah tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti dibawah:

1. Warganegara Malaysia


2. Hanya kakitangan kerajaan dan badan berkanun layak. Tentera juga layak.


3. Mesti berjawatan tetap. Kontrak tidak layak.


4. CTOS dan CCRIS masih layak


5. Mesti telah disahkan dalam jawatan


6. Borang permohonan mesti dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan


7. Tempoh Khidmat sekurang-kurang 1 tahun


8. Bankrap tidak layak

Syarat-Syarat Tambahan Semasa Memohon Pembiayaan

1. Pinjaman ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman yang dibeli melalui Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia


2. Permohonan pinjaman hanya boleh dikemukakan selepas 5 tahun daripada tarikh pembelian rumah


3 Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam


4. Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman


5. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam


6. Perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.



Jumlah Pinjaman



So, itulah dia keperluan yang anda perlu untuk melayakkan anda mendapat pinjaman dan amaun yang anda dapat berdasarkan gaji anda.
Share: