Baik.. Untuk posting kali ini saya nak share dengan anda yang inginkan ruang yang luas untuk rumah anda. Adakah anda tahu yang dengan memilih meja makan juga boleh memberi effect dalam menentukan ruang rumah anda.
Mari ketahui tip memilih meja makan untuk ruang yang sempit.
1. Tentukan keluasan ruang dan juga jumlah anggota keluarga yang akan mengunakan meja makan.
2. Pilih meja makan rekaan clean cut. Bentuk yang sesuai adalah bujur atau bersegi.
3. Penggunaan meja makan lipat atau tarik juga boleh dijadikan solusi kerana ia bersifat fleksibel.
4. Tinggi meja makan yang sesuai adalah di antara 75–80 cm. Cuba duduk dan hulur kaki ke bawah meja dan siku pula diletakkan di atas meja. Sekiranya masih mempunyai ruang di antara paha dan meja, itulah meja yang sesuai.
5. Meja makan kayu jati, mahogani, sonokeling atau oak agak mahal tetapi kekuatan dan ketahanan materialnya memang diakui. Sekiranya anda tidak gemar akan kayu, pilih material daripada metal atau marmar.
So, semoga posting ini bermanfaat untuk anda yang inginkan ruang makan yang luas.