Perabot anda dah mula menunjukkan penuaan dengan warna yang semakin pudar. Anda ingin mencantikkan semula perabot anda, tapi tak tahu caranya? Di sini saya ada share tips atau cara untuk jadikan perabot anda menarik semula.
.
1. Licinkan permukaan perabot. Licinkan semua permukaan perabot kayu anda dengan kertas pasir. Sentiasa berhati-hati supaya tak merosakkan permukaan perabot anda. Anda hanya perlu menggosok kertas pasir untuk menghilangkan cat asas yang ada pada perabot anda bukan menggosok sehingga merosakkan permukaan perabot anda.
.
2. Membersihkan permukaan perabot. Lap permukaan perabot anda dengan kain lembut untuk membersihkan apa-apa kesan pada permukaan perabot anda. Jangan menggunakan kain selain daripada kain lembut supaya tak merosakkan permukaan perabot anda.
.
3. Cat perabot anda. Pertama sekali, gunakan roller mini untuk cat tiga lapisan nipis cat semi-gloss latex. Biarkankan kering dalam masa enam hingga lapan jam untuk siap lapisan. Anda juga perlu berhati-hati semasa cat perabot anda sebab jika ada titisan cat yang menitis atas permukaan perabot anda, anda perlu menggosok semula dengan kertas pasir permukaan perabot anda yang terkena titisaan cat supaya anda dapat permukaan perabot yang licin dan cantik. So, anda perlu berhati-hati. Anda juga perlu untuk menghilangkan debu dengan kain lembut tadi sebelum mengecat dengan cat Polycrylic dalam langkah seterusnya.
.
4. Lindungi permukaan perabot anda. Akhir sekali, gunakan roller cat yang baru untuk mengecat lapisan nipis cat kilat. Anda perlu pastikan yang anda cat lapisan permukaan perabot anda dengan berhati-hati supaya tak memerangkap buih dengan roller cat anda.
.
Berikut adalah tips untuk mengecat perabot anda. Sekarang anda boleh cuba untuk cat perabot anda dengan warna yang anda suka.
Thursday, 22 September 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Facebook Page
Artikel Popular
-
Ada beberapa perkara anda perlu tahu sebelum pasang kepala paip singki. Antaranya. 1. Ikut kegunaan anda sama ada nak basuh pinggan, ma...
-
Assalamualaikum semua warga JB.. Untuk pengetahuan anda, ruang dapur tidak hanya tampil sebagai ruang memasak shj. Fungsinya kini lebih h...
-
Perabot anda dah mula menunjukkan penuaan dengan warna yang semakin pudar. Anda ingin mencantikkan semula perabot anda, tapi tak tahu cara...
-
Anda tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan satu projek ubahsuai rumah? Di sini saya akan share dengan anda ber...
-
Lebih banyak manafaat anda boleh dapat kalau renovate rumah lama berbanding beli rumah baru. Antaranya. 1. Anda tak perlu hutang atau te...
Artikel Terkini
Borang Pertanyaan
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment