Friday, 23 September 2016

3 Cara Mudah Untuk Tetap Cool Tanpa Air Cond


Anda inginkan rumah yang cool walaupun tak menggunakan air-cond. Di sini saya akan tunjukkan 3 cara mudah untuk sejukkan rumah anda.
.
1. Menjadi pakar masak. Anda akan membuat rumah anda lebih sejuk apabila anda memasak di luar rumah anda kerana haba yang keluar semasa anda memasak tak akan terperangkap di dalam rumah anda.
.
2. Pilih cadar katil anda dengan bijak. Pilihlah cadar yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, seperti kapas atau kapas campuran, sebab ia akan membuatkan anda selesa semasa tidur. Kipas juga akan membantu, tapi dengan cadar yang baik anda boleh memastikan keselesaan anda juga.
.
3. Penggunaan tingkap. Pada siang hari, apabila suhu di luar rumah anda lebih panas daripada di dalam rumah anda, cara yang terbaik untuk tetap sejuk adalah dengan menutup tingkap anda dengan tirai atau langsir. Cara yang lagi mudah adalah dengan pemasangan tinted pada tingkap rumah anda.
.
Itu shj. tips untuk bagaimana anda boleh kekal sejuk tanpa air-cond. Saya harap dengan tips ini dapat membantu anda pada masa akan datang..
Share:

0 comments:

Post a Comment