Monday, 10 October 2016

3 Colour Yang Menarik Untuk Bilik Tidur Anda

Bilik tidur merupakan tempat untuk anda merehatkan mental dan fizikal setelah seharian bekerja dan sebagainya. So, colour akan memainkan peranan penting untuk anda untuk rileks.
.
1. Colour biru. Biru ini merupakan colour untuk anda berasa tenang sebab biru merupakan warna laut dan laut itu dapat menenangkan sesiapa shj. colour ini sesuai untuk dinding anda.
.
2. Colour oren. Colour ini fungsinya untuk menambah keceriaan dalam bilik tidur anda. Kalau anda guna colour rileks shj. takut anda rasa suram. So, tambahkan dengan colour ini untuk seimbangkan colour.
.
3. Colour putih. Colour putih ini merupakan warna yang neutral. So, bila kita menggunakan colour ini, ia akan mengimbangkan antara colour biru dan oren tadi. So, tak adalah anda rasa terlalu pelik dengan colour biru dan oren.
.
Inilah colour yang sesuai dengan anda yang ceria. Semoga ia bermanfaat kepada anda dan rakan-rakan. In Sha Allah.
Share:

Sunday, 9 October 2016

3 Tips Untuk Menyimpan Dalam Toilet Yang Kecil

Ini merupakan antara masalah yang ada untuk toilet yang kecil. Saya akan bagi beberapa tip untuk hilangkan masalah anda untuk menyimpan dalam toilet yang kecil.

1. Jadi kreatif. Gunakan apa shj. yang ada untuk jadikan tempat simpan barang (mangkuk, batang besi untuk jadikan penyangkut dalam bilik air. Jadilah kreatif tapi jangan terlalu melampau takut tak kena dengan suasana atau jadi lebih berserabut.

2. Bekas yang sama. Jika anda menggunakan bekas sebagai tempat menyimpan anda. Pastikan bekas yang digunakan adalah ssama supaya senang untuk disusun. Ia juga dapat menjadikan suasana yang harmoni.

3. Design ikut minat. Anda boleh design toilet anda dengan meletakkan wallpaper atau apa shj. ini untuk jadikan toilet anda lebih menarik dan menjadikan ruang toilet itu spt. lebih luas.

Sekian shj. untuk kali ini. Semoga ia dapat membantu anda dan rakan-rakan. In Sha Allah.
Share:

Saturday, 8 October 2016

3 Sebab Anda Wajib Kurangkan Kemasan Dalaman

Kemasan dalaman (spt. cat, tiling, dll.) adalah salah satu elemen yang penting untuk mencantikkan rumah anda. Untuk post kali ini, saya nak share beberapa sebab anda wajib kurangkan kemasan dalaman rumah anda.

1. Anda boleh bosan dengan kemasan yang terlalu over (spt. suasana gelap buat anda suram, terang buat anda stress dan ruang sempit buat anda rasa rimas), jika anda pun bosan apa lagi tetamu anda. So, saya syorkan kepada anda supaya berpada-pada dalam kemasan anda.

2. Anda perlu kurangkan aksesori untuk kemasan anda (spt. pasu bunga, frame gambar, dll) untuk elak daripada berhabuk. Habuk senang melekat sebab tak ada pengudaraan antara aksesori kemasan tersebut (pengudaraan boleh elak habuk dari terkumpul).

3. Untuk lebih tenang, rileks dan tak rimas, saya syorkan kepada anda untuk susun aksesori kemasan anda dengan simetri (cth. susun atur perabot yang sama dan simple) bila semua kemasan dah dikurangkan. Rekaan simetri yang simple dapat jadikan hidup anda lebih teratur dan produktif.

Semoga anda memperolehi info yang berguna.Yang baik datang daripada Allah S.W.T. yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Share:

Friday, 7 October 2016

3 Tips Untuk Maksimumkan Cahaya Luar

Cahaya merupakan satu elemen yang dapat menerangkan rumah (sama ada dari lampu atau luar). So, apa yang anda patut buat untuk kurangkan penggunaan cahaya daripada lampu? Jom baca apa yang saya nak share ini.

1. Benda paling penting sekali untuk maksimumkan cahaya luar adalah anda wajib gunakan tingkap yang lebih besar. Kalau tingkap kecil bagaimana cahaya nak masuk.

2. Gunakan cermin untuk pantulkan cahaya ke sekeliling rumah. Jika anda letak cermin pada angle yang betul (cth. tepi tingkap), anda dah tak perlu gunakan lampu untuk dapatkan cahaya pada waktu pagi.

3. Untuk jadikan tingkap ni sentiasa berikan cahaya yang berterusan anda kena bersihkan tingkap tersebut atleast sekali seminggu. Kalau tak, cahaya susah nak masuk sebab terlalu kotor.

Semoga penerangan saya dapat memudahkan anda dan rakan-rakan masa renovate rumah. In Sha Allah.
Share:

Thursday, 6 October 2016

Bagaimana Nak Selesaikan Masalah Bumbung Rumah Yang Bocor?

Ada beberapa cara anda boleh guna untuk selesaikan masalah bumbung rumah bocor ni. Antaranya adalah spt. berikut. 

1. Gantikan flashing bumbung anda. Flashing bumbung adalah sekeping aluminium yang dipasang pada joint antara bumbung dengan party wall (dinding yang terlebih sikit daripada bumbung anda) untuk mengelak daripada kebocoran. Kalau nak tahan lama, anda boleh pakai material yang berkualiti spt. GI, sheet lead atau copper (lebih tebal lebih bagus). Anda perlu upah kontraktor untuk pasang flashing bumbung ni, sebab susah nak DIY (perlukan kepakaran dan pengalaman). 

2. Kenalpasti kepingan genting yang pecah atau crack. Kalau genting tersebut pecah, anda perlu tukar kepada genting yang baru. Kalau just crack, anda hanya perlu tampal guna sealant (sejenis material kedap air digunakan untuk tampal sesuatu spt. atap rumah, jubin lantai dan plaster dinding rumah).

3. Anda wajib pasang penutup gutter bumbung rumah anda. Kalau anda tak pasang, in case gutter tersebut tersumbat (dengan daun-daun atau lumut), air hujan akan melimpah keluar daripada gutter tersebut. So, perkara ni boleh prevent lantai rumah anda daripada retak akibat hujan. 

Mudah-mudahan apa yang saya share ni membantu anda dan rakan-rakan. Inshaa Allah.
Share:

Wednesday, 5 October 2016

4 Perkara Perlu Tahu Sebelum Pasang Kepala Paip

Ada beberapa perkara anda perlu tahu sebelum pasang kepala paip singki. Antaranya. 

1. Ikut kegunaan anda sama ada nak basuh pinggan, mangkuk, periuk atau sekadar basuh tangan shj. Kalau nak lebih selesa, saya cadang anda pasang paip lebih panjang dan boleh pusing kanan dan kiri (atau sekarang ni ada jenis yang pakai fleksibel nose). 

2. Untuk customer saya, anda boleh matchkan jenis kepala paip anda dengan design counter top dapur anda. Biasa saya suggest pakai jenis bronze, chrome atau stainless steel (ikut budget mereka). 

3. Bagi anda yang pasang filter air dekat kepala paip, boleh pakai kepala paip khas untuk sambung filter anda. 

4. Ada dua jenis pemasangan kepala paip. Top-mount dan bottom-mount. Top-mount adalah jenis pemasangan nut daripada atas counter top. Bottom-mount pula adalah jenis pemasangan nut daripada bawah counter top. Biasa saya suggest customer saya pasang nut atas dan bawah supaya susah nak loose. 

Lastly, semoga ilmu yang saya share ni sedikit sebanyak bantu anda dan rakan-rakan buat pilihan. Inshaallah boleh sampaikan kepada yang lain-lain.
Share:

Tuesday, 4 October 2016

5 Sebab Renovate Rumah Lama Lebih Berbaloi Berbanding Beli Rumah Baru

Lebih banyak manafaat anda boleh dapat kalau renovate rumah lama berbanding beli rumah baru. Antaranya.

1. Anda tak perlu hutang atau terlibat dengan apa-apa perjanjian dengan bank. Rumah lama anda mungkin dah habis bayar atau baki hutang tinggal lagi sikit.

2. Risiko kecurian rumah baru lebih tinggi berbanding rumah lama. Perompak lebih sukakan rumah baru berbanding rumah lama sebab biasanya kawasan rumah baru ni masih kurang membangun (ada tu yang tengah-tengah estet), so risiko kecurian lebih tinggi. 

3. Material rumah baru kurang berkualiti berbanding rumah lama. Sebab harga material seperti batu-bata, simen, besi, atap bumbung dll. semakin meningkat setiap tahun, so kebanyakkan developer cari jalan pintas untuk bersaing harga dengan memilih material yang lebih murah (bila murah kualiti pun kurang baik).

4. Kalau anda renovate rumah baru, confirm kena kacau dengan majlis. Berbeza dengan renovate rumah lama. Majlis biasanya malas nak cek taman-taman lama. 

5. Design rumah baru cantik diluar shj., layout dalam belum tentu sesuai dengan citarasa atau keperluan anda. Tapi, kalau renovate rumah, boleh renovate ikut citarasa dan keperluan anda (lagi puas hati). 

Akhir kata, semoga tip-tip di atas sedikit sebanyak membantu anda. Sampai-sampaikan lah kepada rakan-rakan dan keluarga. Inshaallah.
Share: