Kemasan dalaman (spt. cat, tiling, dll.) adalah salah satu elemen yang penting untuk mencantikkan rumah anda. Untuk post kali ini, saya nak share beberapa sebab anda wajib kurangkan kemasan dalaman rumah anda.
1. Anda boleh bosan dengan kemasan yang terlalu over (spt. suasana gelap buat anda suram, terang buat anda stress dan ruang sempit buat anda rasa rimas), jika anda pun bosan apa lagi tetamu anda. So, saya syorkan kepada anda supaya berpada-pada dalam kemasan anda.
2. Anda perlu kurangkan aksesori untuk kemasan anda (spt. pasu bunga, frame gambar, dll) untuk elak daripada berhabuk. Habuk senang melekat sebab tak ada pengudaraan antara aksesori kemasan tersebut (pengudaraan boleh elak habuk dari terkumpul).
3. Untuk lebih tenang, rileks dan tak rimas, saya syorkan kepada anda untuk susun aksesori kemasan anda dengan simetri (cth. susun atur perabot yang sama dan simple) bila semua kemasan dah dikurangkan. Rekaan simetri yang simple dapat jadikan hidup anda lebih teratur dan produktif.
Semoga anda memperolehi info yang berguna.Yang baik datang daripada Allah S.W.T. yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Saturday, 8 October 2016
Facebook Page
Artikel Popular
-
Ada beberapa cara anda boleh guna untuk selesaikan masalah bumbung rumah bocor ni. Antaranya adalah spt. berikut. 1. Gantikan flashing ...
-
Metal roof dibuat daripada kepingan besi dicetak kepada pelbagai pattern (atap zink adalah salah satu daripada metal roof). Banyak digunak...
Artikel Terkini
Borang Pertanyaan
Powered by Blogger.
