Monday, 26 September 2016

3 Cara Mudah Untuk Mengubah Ruang Dengan Sofa

Assalamualaikum warga JB.. Pemilihan sofa yang pelbagai boleh memberikan alternatif untuk disesuaikan dengan dekorasi dan gaya. Ditambah pula, dengan ekspresi rekaan sofa yang lantang dan cetusan warna yang menyerlah ruang bukan hanya mampu berubah segar malah tampil eksklusif.
.
Sofa selalunya di tempatkan di ruang tamu kediaman. Ia bukan sehaja berfungsi sebagai penyambut tetamu ke kediaman anda ia juga berfungsi sebagai ruang tempat berkumpul keluarga untuk bersosial. So, kami akan sediakan 3 tip untuk penataan sofa di kediaman anda.
.
1. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik sofa anda pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan perbezaan yang menarik.
.
2. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya yang sangat menarik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.
.
3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk anda kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi pula diletak di bahagian tengah.
.
Hmm… Macam mana inilah dia susunan sofa yang simple supaya kediaman anda nampak cantik , menarik dan simple.
Share: