Ada beberapa cara anda boleh guna untuk selesaikan masalah bumbung rumah bocor ni. Antaranya adalah spt. berikut.
1. Gantikan flashing bumbung anda. Flashing bumbung adalah sekeping aluminium yang dipasang pada joint antara bumbung dengan party wall (dinding yang terlebih sikit daripada bumbung anda) untuk mengelak daripada kebocoran. Kalau nak tahan lama, anda boleh pakai material yang berkualiti spt. GI, sheet lead atau copper (lebih tebal lebih bagus). Anda perlu upah kontraktor untuk pasang flashing bumbung ni, sebab susah nak DIY (perlukan kepakaran dan pengalaman).
2. Kenalpasti kepingan genting yang pecah atau crack. Kalau genting tersebut pecah, anda perlu tukar kepada genting yang baru. Kalau just crack, anda hanya perlu tampal guna sealant (sejenis material kedap air digunakan untuk tampal sesuatu spt. atap rumah, jubin lantai dan plaster dinding rumah).
3. Anda wajib pasang penutup gutter bumbung rumah anda. Kalau anda tak pasang, in case gutter tersebut tersumbat (dengan daun-daun atau lumut), air hujan akan melimpah keluar daripada gutter tersebut. So, perkara ni boleh prevent lantai rumah anda daripada retak akibat hujan.
Mudah-mudahan apa yang saya share ni membantu anda dan rakan-rakan. Inshaa Allah.
Thursday, 6 October 2016
Facebook Page
Artikel Popular
-
Ada beberapa perkara anda perlu tahu sebelum pasang kepala paip singki. Antaranya. 1. Ikut kegunaan anda sama ada nak basuh pinggan, ma...
-
Assalamualaikum semua warga JB.. Untuk pengetahuan anda, ruang dapur tidak hanya tampil sebagai ruang memasak shj. Fungsinya kini lebih h...
-
Perabot anda dah mula menunjukkan penuaan dengan warna yang semakin pudar. Anda ingin mencantikkan semula perabot anda, tapi tak tahu cara...
-
Anda tertanya-tanya berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan satu projek ubahsuai rumah? Di sini saya akan share dengan anda ber...
-
Lebih banyak manafaat anda boleh dapat kalau renovate rumah lama berbanding beli rumah baru. Antaranya. 1. Anda tak perlu hutang atau te...
Artikel Terkini
Borang Pertanyaan
Powered by Blogger.